Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Thursday, 11 June 2020

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI


Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

AKTIVITI 1



AKTIVITI 2




AKTIVITI 3




Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu. 

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)



3 Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 5 :

👉  Rajin mengemas
👉  Pemurah
👉  Sabar

i) Rajin mengemas

  Nilai pertama yang terdapat dalam cerita sosial 5 ini adalah sikap suka menyusun dan mengemas. Hal ini ditunjukkan oleh Alim apabila selesai membaca buku yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya. Hampir setiap hari Alim akan mengemas semula buku yang telah dibacanya tidak kira waktu petang atau malam. Sikap ini wajar dijadikn sebagai teladan dan ikutan kepada kita terutamanya para pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan buku di perpustakaan seharusnya meyimpan dan menyusun semula buku tersebut setelah habis digunakan di tempat yang sepatutnya.

ii) Pemurah

   Nilai kedua dalam cerita sosial ini adalah sikap Pemurah iaitu suka berkongsi sesuatu dengan orang lain. Sikap ini ditunjukkan oleh Alim yang sangat suka berkongsi buku atau makanan dengan kawan-kawan ya seperti Sulaiman. Sikap atau contoh ini wajar diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa di negara ini. Amalan berkongsi bukan sahaja dapat menjadikan kita seorang yang prihatin tetapi juga mampu menambahkan rezeki dalam hidup kita dalam apa jua keadaan.

iii) Sabar

   Nilai yang terakhir adalah sikap sabar atau tidak merungut dengan dugaan atau Ujian yang menimpa. Hal ini ditunjukkan oleh Alim apabila dia jatuh sakit. Dia tidak pernah merungut akan kejadian yang menimpa dirinya. Sebagai seorang yang normal seperti kita ini, wajar untuk selalu sabar dan tabah dalam menempuhi apa jua halangan atau dugaan yang hadir dalam hidup. Kita tidak tahu mungkin dugaan yang hadir itu membawa hikmah sekiranya kita sabar.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu. 
                                       

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)






Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Universiti Putra Malaysia. 

Thursday, 4 June 2020

AKTIVITI ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

AKTIVITI 1


AKTIVITI 2


AKTIVITI 3



Rujukan :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu 

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

3 Nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4:

  • Berkongsi rezeki
  • Patuh arahan
  • Hormati orang tua




1) Berkongsi rezeki
- Nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4 ini adalah sikap suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila Alim menyatakan hasratnya untuk berkongsi kek Cawan yang dibawanya ke sekolah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang rezeki kita ada juga terselit rezeki orang lain. Oleh itu janganlah kita amalkan sikap kedekut dan tidak ambil tahu akan rakan-rakan yang lebih susah dari kita. Berkongsilah dengan mereka. InsyaAllah ada rezeki yang lebih lagi menanti anda.

2) Dengar cakap
- Nilai murni yang kedua ialah dengar cakap. Hal ini dapat dilihat apabila Alim mengikut kata ibunya untuk membawa kek cawan ke sekolah. Sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa taat dan patuh akan Perintah kedua orang tua selagi mana arahan mereka tidak melanggar Syariah. Amalan menurut Perintah ini tidak lah bermakna kita ini seorang kuli atau hamba tetapi ia sebenarnya menjadikan kita lebih produktif dan dinamik dalam segala hal.

3) Hormati orang tua
- Nilai yang terakhir ialah menghormati orang tua. Nilai ini boleh dilihat apabila cikgu Anis mengajar Alim untuk hormat pada orang tua. Sikap Saling hormat-menghormsti terutamanya pada orang tua sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Namun begitu terdapat segelintir yang masih tunjuk lagak dan suka me lawan orang tua. Tindakan ini sewajarnya tidak boleh terjadi kerana orang yang lebih tua dari kita mempunyai hak untuk di Hormati.

Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu. 

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif (197944)

 



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM. Universiti Putra Malaysia. 

Thursday, 7 May 2020

ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Nota Ringkas Bab 7



Rujukan 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Tiga nilai murni dalam cerita sosial 3:
👉  Tolong-menolong
👉  Memberi semangat
👉  Ringan tulang


 1) Tolong-menolong
👉 Nilai murni yang pertama dalam cerita ini adalah ringan tulang atau suka menolong. Hal ini dapat kita lihat apabila Alim menolong adik-beradiknya membuat kerja rumah setiap hari. Walaupun dia seorang yang istimewa, namun ia bukan lah penghilang buatnya untuk menolong orang lain. Nilai ini dapat kita jadikan sebagai pedoman hidup dan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharan. Amalan tolong-menolong ini sangat bagus sekiranya digunakan untuk kebaikan.

2. Memberi semangat
👉 Setiap manusia selalu sahaja berdepan dengan masalah yang tidak mampu kita lalui. Namun Jika kita diberi semangat atau ada yang menyokong pasti kita mampu mengharungi tanpa rasa ragu-ragu. Nilai ini ditonjolkan oleh ibu Alim semasa Alim menunjukkan keinginan untuk tidak mengemas rumah. Ibunya menghampiri Alim lalu berkata "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong, ". Kata-kata tersebut telah menyebabkan Alim tersenyum dan mula bersemangat untuk menolong ibunya.

3. Ringan Tulang
👉 Sikap Alim yang rajin dan suka menolong keluarganya mengemas rumah wajar kita contohi. Sebagai seorang anak, kita perlulah taat dan patuh kepada kedua orang tua dan menghormati adik-beradik yang lain. Salah satu cara untuk taat Perintah ibu bapa ialah sentiasa rajin dalam apa jua keadaan. Apabila ibu menyuruh kita membeli sesuatu, kita wajar dan harus Menunaikannya tanpa perlu bagi alasan. Sekiranya sikap ini dapat kita contohi, maka segala perkara yang ada dalam dunia ini tidak akan dapat menghalang untuk kita mencapai sesuatu Impian.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi  Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.



KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif (197944)

                      Gambar Rajah 1

Gambar rajah diatas menunjukkan Peta Minda kepentingan Asas grafik :

1) Menarik
👉 Bagi menghasilkan sesuatu gambar yang dapat menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat, pengaplikasian asas grafik semasa mengambil atau memperlihatkannya di media sosial perlulah menepati asas grafik yang tepat.

2. Mudah difahami
👉 Foto atau gambar yang diambil akan lebih mudah difahami tanpa perlu meletakkkan sebarang kapsyen. Hal ini demikian kerana gambar yang terhasil dengan mematuhi asas grafik yang betul akan menyebabkan netizen lebih  senang untuk memahami mesej yang cuba disampaikan.

3. Mesej
👉 Setiap apa yg dilihat atau di tonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Sebelum menghantar sebarang gambar atau foto, seseorang itu perlulah memilih kapsyen yang sesuai untuk diletakkan di ruangan bawah gambar bagi memastikan mesej dan disampaikan dengan jelas kepada netizen.

4. Ketara
👉 Keupayaan media massa zaman kini banyak menyumbang kepada permasalahan sosial seperti pergaduhan akibat Salah faham yang berlaku. Oleh itu, melalui asas grafik ini, setiap gambar yang Dihantar akan mempunyai mesej yang jelas dan tepat di samping dapat mengelakkan keraguan para netizen.

5. Promosi
👉 Bagi penggunaan media sosial yang menjadikan dunia Maya sebagai Tempat mencari rezeki dengan cara menjual barangan atau produk, asas grafik sangat membantu mereka dalam mempromosikan barangan yang dijual dengan lebih baik dan sambutan terhadap barangan tersebut akan lebih cepat dan banyak Jika dibandingkan dengan promos tanpa menggunakan asas grafik.




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa:Selangor.Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Friday, 1 May 2020

BBM3410Satu2020: Gambar Keseluruhan

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)


AKTIVITI 1 


AKTIVITI 2


AKTIVITI 3


BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Nilai Murni yang terdapat dalam cerita sosial 2.




1. Menjaga Kebersihan 
          
            Ibu bapa Alim sangat mementingkan kebersihan. Hal ini dapat dilihat apabila ibu Alim menyuruh anak-anaknya membuang sampah di bakul yang Disediakan olehnya. Nilai Murni ini sangat wajar dicontohi oleh setiap keluarga agar dapat melahirakan masyarakat yang sihat dan sejahtera. 

2. Tidak kedekut
      
          Nilai Murni ini dapat dilihat dalam diri Alim apabila dia menanyakan kepada ibunya samada buah-bahan yang diberi oleh ayah mereka boleh di kongsi dengan jiran. Hal ini demikian kerana ibu bapa Alim sering menasihati anaknya bahawa berkongsi barang atau makanan adalah satu perbuatan yang baik. 

3. Ringan Tulang

          Walaupun Alim seorang anak yang istimewa, namun dia suka menolong ibu bapanya mengemas rumah. Hal ini dapat dilihat setelah keluarga Alim selesai makan, dia menolong abang Imran, Kak Madinah, ibu dan ayah memberikan rumah. Semangat dan sikap yang ditujukkan oleh Alim sangat baik dan sewajarnya menjadi kebiasaan kita yang normal ini. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Rule of Thirds

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)





Penggunaan Rule of Thirds semasa berswafoto dapat menghasilkan gambar yang menarik dan lebih jelas. Teknik ini sangat penting kepada Ahli fotografi yang sering menghabiskan masa mereka dengan bergambar. Sekiranya teknik ini diguna pakai dengan cara yang betul Maka setiap rinci gambar akan dapat di terangkan tanpa menulis apa-apa kapsyen. Hal ini demikian kerana gambar yang dihasilkan dengan menggunakan kotak grid ini akan lebih Seimbang dan tidak begitu crowded sangat. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa:Selangor. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Wednesday, 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik : 197944


BAHAGIAN A




STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record                            Kesopanan Positif
Contoh:                                        Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
Bersedia!                                        tolong?
Dengar sini…                                    Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu                     Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
Lampu itu berwarna hijau                       tidak keberatan.
Jemput masuk
Jemput makan
Kesopanan Negatif                              Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak                    Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
itu, mungkin!                                   Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih              Cantik baju kamu
itu
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata
tidak dibenarkan
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


BAHAGIAN B





Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa


 Keluarga Alim sangat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, langsat, duku dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, bapa mereka telah membwa pulang buah-buahan yang dibeli dari pasar tani yang tidak jauh dari kediaman mereka. Ibu bapa Alim sangat  menitik beratkan disiplin dalam keluarganya. Hal ini dapat dilihat apabila ibu mereka meminta adik-beradik Alim untuk membuang sampah di dalam tong yang telah disediakan. Dikala adik-adik yang lain sedang mengunyah buah-buahan untuk perut sendiri,Alim pula memikirkan kawan baik disebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Dia meminta ibunya untuk mengasingkan buah-buahan itu agar ia boleh berkongsi dengan Sulaiman. Setelah memberi buah-buahan itu, Alim kembali ke rumah sambil tersenyum. Mak Cik Timah yang sedang menyapu di luar rumah melihat kelibat Alim dan mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan kepada anaknya itu. Alim mengatakan bahawa ibu bapanya yang mengajarnya untuk berkongsi barang atau makanan dengan orang lain. Walaupun Alim seorang yang istimewa, namun ia masih  mampu mengingati segala nasihat dan teguran daripada kedua orang tuanya. Mak Cik Timah bersyukur kerana anaknya berkawan dengan insan yang istimewa itu dan beliau mendoakan Alim dan keluarganya diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 





BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944


BAHAGIAN A

Jenis-jenis Shot




Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.




BAHAGIAN B

Huraikan kepentingan Rule of Thirds





Rule of Thirds merupakan satu item yang begitu penting dalam bidang fotografi. Hal ini dikatakan demikian kerana Rule of Thirds boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam foto yang telah diambil. Untuk mendapatkan sesuatu gambar yang menarik, seseorang itu perlu menggunakan Rule of Thirds dengan cara yang betul. Antara kaedah yang boleh digunakan sewaktu mengaplikasikan Rule of Thirds adalah seseorang itu akan mengambil gambar dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Berdasarkan grid tersebut, Rule of Thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk garis yang juga berguna bagi elemen foto. Oleh itu, swafoto yang cantik akan dapat dihasilkan . Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakkannya dibahagian garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Namun begitu,Rule of Thirds tidak digunakan dalam setiap situasi dan kadangkala boleh menghasilkan sebuah foto yang menarik. Sebagai contoh, dalam Rule of Thirds terdapat dua garis menegak. Apabila seseorang itu ingin berswafoto maka seseorang itu perlulah berada dalam garis Rule of Thirds dan kawannya juga perlu melakukan perkara yang sama. 


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Selangor: Multimedia dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia.




BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944



Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Huraian:

Berdasarkan dua tulisan awal pada pengenalan bab 2, menulis sesuatu cerita mampu memberi impak yang besar kepada pelajar kerana penulisan yang dibuat memperlihatkan keperibadian dan tahap pengetahuan yang mereka miliki. Cabaran seseorang individu seperti kurang keyakinan ketika menulis dan sikap paranoid terhadap pembaca juga telah menjadikan mereka keberatan untuk menulis. Mereka terlalu risau akan penilaian buruk yang dilakukan oleh orang lain terhadap penulisan yang hendak dihasilkan, walaupun sebenarnya menghasilkan sebuah penulisan merupakan hak individu dan salah satu lambang ekspresif emosi mereka. Terdapat juga sesetengah penulisan yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman kehidupan agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Selain itu, penglibatan secara terus dalam aktiviti merupakan perkara yang disukai pelajar kerana ianya mampu mengekalkan fokus mereka untuk suatu jangka masa yang panjang terhadap proses pembelajaran bahasa. Penglibatan terus dalam aktiviti juga sebenarnya mampu mengelakkan sebarang salah faham ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kerana proses pembelajaran bahasa bukanlah mudah seperti yang disangka. Hal yang demikian kerana, sifat bahasa yang fleksibel boleh mengundang kepada penafsiran yang berbeza-beza mengikut sudut pandang seseorang itu. Penglibatan secara terus dalam aktiviti turut menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan sesuai mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, melakukan sesi soal jawab sebelum kelas berakhir akan memberi impak positif kepada pelajar seperti berani bertanya, meningkatkan keyakinan diri, dan mewujudkan komunikasi dua hala.







Rujukan 
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944



   Rujukan
   Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.
   

Thursday, 5 March 2020

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK








NOTA : ASAS GRAFIK




Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting dalam penggunaan bahan yang mengandungi grafik. Terdapat lima elemen penting asas grafik iaitu :

1) Mudah

- Mudah disini bermaksud sesuatu gambaran yang diambil sama ada dalam bentuk foto atau video yang mudah untuk difahami tanpa memerlukan penjelasan. Mudah juga bermaksud gambaran yang dilihat terus sampai mesej yang ingin disampaikan dan tidak menimbulkan kekeliruan terhadap sesiapa yang memandangnya.

2) Warna

-  Grafik bagi sesuatu bentuk foto mahupun video mestilah mengandungi warna yang tidak lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, terdapat juga grafik yang lebih daripada tiga warna. Dalam hal ini, pemilihan warna tersebut adalah bergantung kepada objektif serta mesej yang ingin disampaikan.

3) Teks

- Jenis dan saiz font yang digunakan dalam grafik wajarlah bersesuaian untuk dipersembahkan. Penggunaan teks dalam grafik adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih terperinci. Warna yang digunakan pada font juga mestilah kelihatan jelas kerana ia juga penting dalam asas grafik.

4) Kesesuaian

- Merujuk kepada cara grafik diambil sama ada latar masa, latar tempat, latar watak bersesuaian dengan foto atau video yang diambil.

5) Keseimbangan

- Merujuk kepada ruang grafik itu sendiri sama ada ruang yang digunakan adalah ruang kiri atau kanan dan ruang atas atau bawah.

 Bibliografi

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Serdang.


TEORI ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)

VanDijk (1977) membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim ( 2019), teori analisis wacana kritis yang dikemukakan oleh Vandijk terbahagi kepada tiga struktur iaitu struktur makro, superstruktur serta struktur mikro. Struktur makro adalah struktur yang dilihat dengan lebih luas kerana ia dianalisis dengan melihat kepada makna global daripada sesuatu topik ataupun tema bagi sesuatu teks. Selain itu, superstruktur pula dilihat sebagai perincian atau kerangka bagi sesuatu teks. Akhir sekali, struktur mikro pula dikatakan lebih berfokus kepada makna lokal bagi sesuatu teks yang diamati.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.