3 Nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4:
- Berkongsi rezeki
- Patuh arahan
- Hormati orang tua
1) Berkongsi rezeki
- Nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4 ini adalah sikap suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila Alim menyatakan hasratnya untuk berkongsi kek Cawan yang dibawanya ke sekolah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Kadang-kadang rezeki kita ada juga terselit rezeki orang lain. Oleh itu janganlah kita amalkan sikap kedekut dan tidak ambil tahu akan rakan-rakan yang lebih susah dari kita. Berkongsilah dengan mereka. InsyaAllah ada rezeki yang lebih lagi menanti anda.
2) Dengar cakap
- Nilai murni yang kedua ialah dengar cakap. Hal ini dapat dilihat apabila Alim mengikut kata ibunya untuk membawa kek cawan ke sekolah. Sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa taat dan patuh akan Perintah kedua orang tua selagi mana arahan mereka tidak melanggar Syariah. Amalan menurut Perintah ini tidak lah bermakna kita ini seorang kuli atau hamba tetapi ia sebenarnya menjadikan kita lebih produktif dan dinamik dalam segala hal.
3) Hormati orang tua
- Nilai yang terakhir ialah menghormati orang tua. Nilai ini boleh dilihat apabila cikgu Anis mengajar Alim untuk hormat pada orang tua. Sikap Saling hormat-menghormsti terutamanya pada orang tua sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Namun begitu terdapat segelintir yang masih tunjuk lagak dan suka me lawan orang tua. Tindakan ini sewajarnya tidak boleh terjadi kerana orang yang lebih tua dari kita mempunyai hak untuk di Hormati.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment