Thursday 11 June 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)



3 Nilai yang terdapat dalam cerita sosial 5 :

👉  Rajin mengemas
👉  Pemurah
👉  Sabar

i) Rajin mengemas

  Nilai pertama yang terdapat dalam cerita sosial 5 ini adalah sikap suka menyusun dan mengemas. Hal ini ditunjukkan oleh Alim apabila selesai membaca buku yang dihadiahkan oleh bapa, ibu, abang dan kakaknya. Hampir setiap hari Alim akan mengemas semula buku yang telah dibacanya tidak kira waktu petang atau malam. Sikap ini wajar dijadikn sebagai teladan dan ikutan kepada kita terutamanya para pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan buku di perpustakaan seharusnya meyimpan dan menyusun semula buku tersebut setelah habis digunakan di tempat yang sepatutnya.

ii) Pemurah

   Nilai kedua dalam cerita sosial ini adalah sikap Pemurah iaitu suka berkongsi sesuatu dengan orang lain. Sikap ini ditunjukkan oleh Alim yang sangat suka berkongsi buku atau makanan dengan kawan-kawan ya seperti Sulaiman. Sikap atau contoh ini wajar diaplikasikan dalam kehidupan kita sebagai masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa di negara ini. Amalan berkongsi bukan sahaja dapat menjadikan kita seorang yang prihatin tetapi juga mampu menambahkan rezeki dalam hidup kita dalam apa jua keadaan.

iii) Sabar

   Nilai yang terakhir adalah sikap sabar atau tidak merungut dengan dugaan atau Ujian yang menimpa. Hal ini ditunjukkan oleh Alim apabila dia jatuh sakit. Dia tidak pernah merungut akan kejadian yang menimpa dirinya. Sebagai seorang yang normal seperti kita ini, wajar untuk selalu sabar dan tabah dalam menempuhi apa jua halangan atau dugaan yang hadir dalam hidup. Kita tidak tahu mungkin dugaan yang hadir itu membawa hikmah sekiranya kita sabar.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT. Universiti Malaysia Terengganu. 
                                       

No comments:

Post a Comment