Menurut
Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan perkara asas yang penting
dalam penggunaan bahan yang mengandungi grafik. Terdapat lima elemen penting
asas grafik iaitu :
1)
Mudah
-
Mudah disini bermaksud sesuatu gambaran yang diambil sama ada dalam bentuk foto
atau video yang mudah untuk difahami tanpa memerlukan penjelasan. Mudah juga
bermaksud gambaran yang dilihat terus sampai mesej yang ingin disampaikan dan
tidak menimbulkan kekeliruan terhadap sesiapa yang memandangnya.
2)
Warna
-
Grafik bagi sesuatu bentuk foto mahupun video mestilah mengandungi warna yang
tidak lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, terdapat juga grafik yang
lebih daripada tiga warna. Dalam hal ini, pemilihan warna tersebut adalah
bergantung kepada objektif serta mesej yang ingin disampaikan.
3)
Teks
-
Jenis dan saiz font yang digunakan dalam grafik wajarlah bersesuaian untuk
dipersembahkan. Penggunaan teks dalam grafik adalah bertujuan untuk memberikan
kefahaman yang lebih terperinci. Warna yang digunakan pada font juga mestilah
kelihatan jelas kerana ia juga penting dalam asas grafik.
4)
Kesesuaian
-
Merujuk kepada cara grafik diambil sama ada latar masa, latar tempat, latar
watak bersesuaian dengan foto atau video yang diambil.
5)
Keseimbangan
-
Merujuk kepada ruang grafik itu sendiri sama ada ruang yang digunakan adalah
ruang kiri atau kanan dan ruang atas atau bawah.
Bibliografi
Normaliza
Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
No comments:
Post a Comment