Gambar Rajah 1
Gambar rajah diatas menunjukkan Peta Minda kepentingan Asas grafik :
1) Menarik
👉 Bagi menghasilkan sesuatu gambar yang dapat menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat, pengaplikasian asas grafik semasa mengambil atau memperlihatkannya di media sosial perlulah menepati asas grafik yang tepat.
2. Mudah difahami
👉 Foto atau gambar yang diambil akan lebih mudah difahami tanpa perlu meletakkkan sebarang kapsyen. Hal ini demikian kerana gambar yang terhasil dengan mematuhi asas grafik yang betul akan menyebabkan netizen lebih senang untuk memahami mesej yang cuba disampaikan.
3. Mesej
👉 Setiap apa yg dilihat atau di tonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Sebelum menghantar sebarang gambar atau foto, seseorang itu perlulah memilih kapsyen yang sesuai untuk diletakkan di ruangan bawah gambar bagi memastikan mesej dan disampaikan dengan jelas kepada netizen.
4. Ketara
👉 Keupayaan media massa zaman kini banyak menyumbang kepada permasalahan sosial seperti pergaduhan akibat Salah faham yang berlaku. Oleh itu, melalui asas grafik ini, setiap gambar yang Dihantar akan mempunyai mesej yang jelas dan tepat di samping dapat mengelakkan keraguan para netizen.
5. Promosi
👉 Bagi penggunaan media sosial yang menjadikan dunia Maya sebagai Tempat mencari rezeki dengan cara menjual barangan atau produk, asas grafik sangat membantu mereka dalam mempromosikan barangan yang dijual dengan lebih baik dan sambutan terhadap barangan tersebut akan lebih cepat dan banyak Jika dibandingkan dengan promos tanpa menggunakan asas grafik.
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa:Selangor.Penerbit Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment