Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944



Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Huraian:

Berdasarkan dua tulisan awal pada pengenalan bab 2, menulis sesuatu cerita mampu memberi impak yang besar kepada pelajar kerana penulisan yang dibuat memperlihatkan keperibadian dan tahap pengetahuan yang mereka miliki. Cabaran seseorang individu seperti kurang keyakinan ketika menulis dan sikap paranoid terhadap pembaca juga telah menjadikan mereka keberatan untuk menulis. Mereka terlalu risau akan penilaian buruk yang dilakukan oleh orang lain terhadap penulisan yang hendak dihasilkan, walaupun sebenarnya menghasilkan sebuah penulisan merupakan hak individu dan salah satu lambang ekspresif emosi mereka. Terdapat juga sesetengah penulisan yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman kehidupan agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Selain itu, penglibatan secara terus dalam aktiviti merupakan perkara yang disukai pelajar kerana ianya mampu mengekalkan fokus mereka untuk suatu jangka masa yang panjang terhadap proses pembelajaran bahasa. Penglibatan terus dalam aktiviti juga sebenarnya mampu mengelakkan sebarang salah faham ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kerana proses pembelajaran bahasa bukanlah mudah seperti yang disangka. Hal yang demikian kerana, sifat bahasa yang fleksibel boleh mengundang kepada penafsiran yang berbeza-beza mengikut sudut pandang seseorang itu. Penglibatan secara terus dalam aktiviti turut menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan sesuai mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, melakukan sesi soal jawab sebelum kelas berakhir akan memberi impak positif kepada pelajar seperti berani bertanya, meningkatkan keyakinan diri, dan mewujudkan komunikasi dua hala.







Rujukan 
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment