Thursday 7 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Tiga nilai murni dalam cerita sosial 3:
πŸ‘‰  Tolong-menolong
πŸ‘‰  Memberi semangat
πŸ‘‰  Ringan tulang


 1) Tolong-menolong
πŸ‘‰ Nilai murni yang pertama dalam cerita ini adalah ringan tulang atau suka menolong. Hal ini dapat kita lihat apabila Alim menolong adik-beradiknya membuat kerja rumah setiap hari. Walaupun dia seorang yang istimewa, namun ia bukan lah penghilang buatnya untuk menolong orang lain. Nilai ini dapat kita jadikan sebagai pedoman hidup dan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharan. Amalan tolong-menolong ini sangat bagus sekiranya digunakan untuk kebaikan.

2. Memberi semangat
πŸ‘‰ Setiap manusia selalu sahaja berdepan dengan masalah yang tidak mampu kita lalui. Namun Jika kita diberi semangat atau ada yang menyokong pasti kita mampu mengharungi tanpa rasa ragu-ragu. Nilai ini ditonjolkan oleh ibu Alim semasa Alim menunjukkan keinginan untuk tidak mengemas rumah. Ibunya menghampiri Alim lalu berkata "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong, ". Kata-kata tersebut telah menyebabkan Alim tersenyum dan mula bersemangat untuk menolong ibunya.

3. Ringan Tulang
πŸ‘‰ Sikap Alim yang rajin dan suka menolong keluarganya mengemas rumah wajar kita contohi. Sebagai seorang anak, kita perlulah taat dan patuh kepada kedua orang tua dan menghormati adik-beradik yang lain. Salah satu cara untuk taat Perintah ibu bapa ialah sentiasa rajin dalam apa jua keadaan. Apabila ibu menyuruh kita membeli sesuatu, kita wajar dan harus Menunaikannya tanpa perlu bagi alasan. Sekiranya sikap ini dapat kita contohi, maka segala perkara yang ada dalam dunia ini tidak akan dapat menghalang untuk kita mencapai sesuatu Impian.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi  Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment