Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Nilai Murni yang terdapat dalam cerita sosial 2.




1. Menjaga Kebersihan 
          
            Ibu bapa Alim sangat mementingkan kebersihan. Hal ini dapat dilihat apabila ibu Alim menyuruh anak-anaknya membuang sampah di bakul yang Disediakan olehnya. Nilai Murni ini sangat wajar dicontohi oleh setiap keluarga agar dapat melahirakan masyarakat yang sihat dan sejahtera. 

2. Tidak kedekut
      
          Nilai Murni ini dapat dilihat dalam diri Alim apabila dia menanyakan kepada ibunya samada buah-bahan yang diberi oleh ayah mereka boleh di kongsi dengan jiran. Hal ini demikian kerana ibu bapa Alim sering menasihati anaknya bahawa berkongsi barang atau makanan adalah satu perbuatan yang baik. 

3. Ringan Tulang

          Walaupun Alim seorang anak yang istimewa, namun dia suka menolong ibu bapanya mengemas rumah. Hal ini dapat dilihat setelah keluarga Alim selesai makan, dia menolong abang Imran, Kak Madinah, ibu dan ayah memberikan rumah. Semangat dan sikap yang ditujukkan oleh Alim sangat baik dan sewajarnya menjadi kebiasaan kita yang normal ini. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment