Thursday 27 February 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU WACANA



"Keluarga"

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi 
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu. 


Saya merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Ayah dan ibu membesarkan kami dengan baik tanpa memilih kasih. Mereka melayan saya dan adik-adik yang lain dengan penuh kesabaran dan keprihatinan. Setiap kali cuti sekolah, saya akan menolong mereka di rumah melakukan aktiviti seperti memasak, menjaga adik, menyidai baju dan banyak lagi. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menolong mereka setiap hari. Bermula dengan membuat sarapan di pagi hari sehinggalah menolong mereka menyediakan makan malam. Bagi saya, mereka berdua adalah anugerah terindah yang pernah saya peroleh. Walaupun kami berasal dari keluarga yang susah, namun ayah saya sering menasihati saya dan adik-adik yang lain agar menjaga tingkah laku dan pertuturan serta tidak meminta-minta kepada orang lain. Nasihat dan pesanan tersebut sentiasa saya ingati walau dimana saya berada. Ibu bapa yang saya sayangi, jangau dikau risau dengan pemergian anakmu ini ke tempat orang kerana anakmu ini akan sentiasa berhati-hati dalam segala aspek dan menjaga budi peekrti demi keluarga yang saya cintai. Tiada apa yang aku cintai di dunia ini melebihi cintaku pada kamu berdua, juga abang, kakak, adik dan saudara-mara sepertalian denganku. Saya sangat bersyukur kerana mereka semua sentiasa ada bersama semasa saya memerlukan mereka.




Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

Kumpulan kami telah berjaya menjawab empat soalan blanket test yang dijalankan semasa kuliah pada hari ini. Oleh itu, kami telah memperoleh 4 markah secara keseluruhannya. Blanket test yang dijalankan adalah tentang topik Asas Fotografik yang terkandung di dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Berikut adalah keempat-empat soalan beserta jawapan yang kami berikan.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan teks yang terdapat dalam elemen asas fotografik?

Jawapan: Merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik.

2) Berikan asas fotografik berdasarkan gambar lelaki tua di dalam slide?

Jawapan: Potrait

3) Berikan asas fotografik berdasarkan gambar bayi di dalam slide?

Jawapan: Potrait

4) Berikan asas fotografik berdasarkan gambar perempuan di dalam slide?

Jawapan: Close-up 

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi


ASAS FOTOGRAFI:


1) Mug Shot
Gambar atau foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagain muka.

> Tujuan adalah untuk mempamerkan raut wajah dengan cara yang terperinci.

                                           MUHAMMAD NUUR BIN MOHAMED SHARIF
                                                Gambar 1                                     Gambar 2

Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi senyuman, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi bosan

MUHAMMAD ISNORRIZAL BIN MOHD SAIDI
                                                 Gambar 1                                  Gambar 2

Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi senyuman, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi ngantuk

MUHAMAD SAHLAN BIN BUTAI
                                               Gambar 1                                    Gambar 2

Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi senyuman, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi terkejut

NURUL ATILIA IZZATY BINTI JOHAR
                                                  Gambar 1                                 Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi marah, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi senyuman

NUR SYAFIQAH ATIKAH BINTI MOHD ISHAK
                                                Gambar 1                                   Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi senyuman, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi angkuh

NOR SYAHIRAH BINTI SARIAN
                                                Gambar 1                                      Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi senyuman, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi angkuh

NUR AQILAH BINTI SAIFUDDIN
                                                Gambar 1                                      Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi terkejut, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi senyuman. 

NUR FAQIN BINTI YUSOF
                                               Gambar 1                                       Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi angkuh, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi senyuman

NURLINA BINTI ATAN
                                               Gambar 1                                     Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi senyuman, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi kecewa.

SAE FHEAN A/P EH PAL
                                             Gambar 1                                      Gambar 2

 Gambar 1 menunjukkan foto raut wajah yang diambil secara dekat yang sedang menunjukkan ekspresi marah, manakala Gambar 2 pula memaparkan foto raut wajah yang sedang memperlihatkan ekspresi senyuman. 



2) Long shot
> Diambil dari jarak yang jauh dari kamera atau video.
> Gambar jelas kelihatan secara keseluruhan.

Gambar 1: Pemandangan tanpa manusia

Gambar 1 memaparkan pemandangan jarak jauh yang di ambil dalam kediaman kolej serumpun. Pemandangan yang berlatar belakangkan bangunan kolej yang boleh dilihat dengan jelas berwarna biru di sebelah kanan dan bewarna peach di sebelah kiri. 

Gambar 2: Pemandangan dengan manusia

Gambar 2 menunjukkan pemandangan jarak jauh yang diambil di laluan ke surau serumpun. Foto tersebut memperlihatkan seorang wanita sedang berdiri di hujung laluan tersebut. 



3) Medium shot
> Diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera atau video.
> Sesuai untuk semua bahan.objek ataupun manusia.


Gambar 1

Gambar 1 menunjukkan foto yang diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera . Latar tempat adalah di belakang Dewan Za'ba.


Gambar 2

Gambar 2 memperlihatkan foto yang diambil berdekatan dengan tasik yang terletak di dalam kediaman kolej serumpun. Foto tersebut diambil dalam jarak yang lebih dekat berbanding long shot yang dapat memperlihatkan wajah perempuan tersebut. 



4) Close up
> Diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang.
> Tujuan adalah untuk memperlihatkan wajah seseorang dengan lebih jelas.


Gambar 1: Objek

Gambar 1 menunjukkan contoh foto yang dapat dikategorikan sebagai close up kerana ia diambil dalam jarak yang sangat dekat dengan kamera. Objek yang berbentuk cincin tersebut adalah kepunyaan salah seorang ahli kumpulan kami. 

Gambar 2: Anggota badan

Gambar 2 menunjukkan salah satu anggota badan iaitu mata. Foto ini memperlihatkan bola mata yng dapat dilihat dengan jelas dari segi warna dan kelembutannya. Gambar berikut diambil secara dekat oleh salah seorang ahli kumpulan kami.


5) Potrait
> Diambil dalam jarak yang dekat.
> Mempamerkan wajah beremosi seseorang.

Gambar 1: Seluruh badan

Gambar 1 menunjukkan foto dua wanita yang sedang melihat sesuatu di dalam telefon dan mempamerkan reaksi yang gembira. Gambar tersebut diambil dalam jarak yang dekat dengan kamera dan latar tempatnya adalah di kediaman kolej serumpun. 

Gambar 2: Bahagian muka 

Gambar 2 memperlihatkan wajah seorang wanita yang diambil dalam jarak yang agak dekat. Wajah tersebut sedang memaparkan ekspresi gembira. Latar tempatnya adalah di luar bilik kawasan sekitar laluan ke Dewan Za'ba. 










Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Sinopsis Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa


 Keluarga Alim sangat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, langsat, duku dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, bapa mereka telah membwa pulang buah-buahan yang dibeli dari pasar tani yang tidak jauh dari kediaman mereka. Ibu bapa Alim sangat  menitik beratkan disiplin dalam keluarganya. Hal ini dapat dilihat apabila ibu mereka meminta adik-beradik Alim untuk membuang sampah di dalam tong yang telah disediakan. Dikala adik-adik yang lain sedang mengunyah buah-buahan untuk perut sendiri,Alim pula memikirkan kawan baik disebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Dia meminta ibunya untuk mengasingkan buah-buahan itu agar ia boleh berkongsi dengan Sulaiman. Setelah memberi buah-buahan itu, Alim kembali ke rumah sambil tersenyum. Mak Cik Timah yang sedang menyapu di luar rumah melihat kelibat Alim dan mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan kepada anaknya itu. Alim mengatakan bahawa ibu bapanya yang mengajarnya untuk berkongsi barang atau makanan dengan orang lain. Walaupun Alim seorang yang istimewa, namun ia masih  mampu mengingati segala nasihat dan teguran daripada kedua orang tuanya. Mak Cik Timah bersyukur kerana anaknya berkawan dengan insan yang istimewa itu dan beliau mendoakan Alim dan keluarganya diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu. 




BBM3410Satu2020: Keluarga





Berikut merupakan dua keping gambar saya bersama ahli keluarga. 

Saya dilahirkan pada 7 Mei 1998 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Saya dibesarkan oleh kedua orang tua sejak dari kecil lagi. Jumlah keseluruhan adik-beradik saya adalah seramai 8 orang yang mana salah seorang daripadanya dipelihara oleh atuk dan nenek belah mak. Bapa saya bernama Mohamed Sharif Bin Abd Latheef, seorang yang sangat tegas dalam mendidik saya menjadi seorang yang berguna. Mak saya pula bernama Norhana Binti Ngadio, seorang yang sangat penyayang dan disenangi oleh semua orang. Walaupun keluarga saya bukanlah daripada keluarga yang kaya-raya, namun saya bersyukur dan gembira kerana dikurniakan orang tua yang sentiasa mengambil berat tentang hal saya terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan keluarga asnaf dibawah Skim Zakat Negeri Selangor  (LZS) . Sejak zaman sekolah rendah,segala kelengkapan persekolahan saya dibiayai oleh zakat negeri sehinggalah kini. Saya sangat bersyukur dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri diatas bantuan yang telah diberikan sehingga saya mampu berada pada tahap ini. Gambar dibawah menunjukkan kemesraan antara saya dengan mak dan adik-adik yang lain. Gambar dibawah tiada muka ayah saya kerana beliau tidak suka bergambar:).

Gambar 1: Penulis bersama emak dan adik ke-4


                                            Gambar 2: Penulis bersama adik-adik yang nakal

BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

NAMA: MUHAMMAD NUUR BIN MOHAMED SHARIF
NO MATRIK: 197944

                     
Gambar diatas menunjukkan manfaat dan kelebihan penggunaan media sosial dalam kelas bahasa. Penulis menyenaraikan lima manfaat media sosial berdasarkan konteks pelajar sewaktu di dalam kelas. Senarai tersebut hanyalah pandagan penulis sahaja.

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik



                                        
                                          Proses mencari dan menggunting huruf serta angka

 Kesemua ahli kumpulan Techninjas' Production sedang tekun mencari bahan di dalam majalah. Bahan yang dijumpai akan terus digunting dan diasingkan di satu tempat bagi memudahkan proses penampalan yang akan dijalankan selanjutnya. Proses ini berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan  komited dengan tugas masing-masing. Tempoh yang diperuntukkan untuk proses ini adalah selama 20 hingga 25 minit .


                                          Proses mencari dan menggunting lima asas grafik

Dalam masa yang sama, pencarian lima gambar yang terdapat dalam majalah juga bergerak seiring dengan proses diatas. Kelima-lima gambar yang dicari akan dipersembahkan dihadapan pensyarah sebelum diguna pakai untuk dijadikan bahan tugasan. Gambar yang diperoleh perlu mematuhi ciri asas grafik yang terdapat dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Untuk proses ini, lebih kurang 15 ke 20 minit masa yang diperuntukkan kerana pemilihan gambar atau bahan perlulah diteliti dengan rapi bagi memastikan setiap gambar yang dipilih memfokuskan kepada asas grafik yang tersebut.

                                             Proses menampal bahan di atas mounting board



Tugasan tersebut kemudiannya disambung di luar waktu kuliah kerana masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Kesemua ahli kumpulan masih bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga titik akhir proses tersebut iaitu proses melekatkan bahan yang digunting diatas mounting board. Proses ini sangat lama kerana kami perlu teliti dan fokus bagi  memastikan bahan yang dilekatkan itu tersusun dengan rapi dan mengelakkan daripada berlakunya ketidakkemasan.



Dengan hanya berbekalkan ketekunan dan semangat yang tinggi, segala usaha yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil apabila tugasan tersebut dapat disiapkan dengan jayanya. Berdasarkan gambar tersebut dapat dilihat bahawa setiap ahli kumpulan menunjukkan ekspresi yang sangat gembira sewaktu bergambar bersama hasil akhir tugasan.  

Ulasan Tugasan Asas Grafik:

1) Mudah


Gambar diatas menunjukkan ciri-ciri yang terdapat dalam elemen  asas grafik iaitu mudah. Kumpulan kami memilih foto tersebut kerana ia memperlihatkan mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan kepada penglihatan seseorang. 


2) Warna


Gambar di atas mempunyai kriteria ciri-ciri yang terdapat dalam elemen asas grafik iaitu warna. Berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa, grafik yang wajar seharusnya tidak mempunyai lebih dari tiga warna. Namun begitu kumpulan kami memilih foto yang memiliki pelbagai warna ini kerana ia sangat menarik perhatian dan warna yang ditonjolkan sesuai dengan kombinasi warna latar belakang yang menarik.  


3) Teks


Foto di atas memperlihatkan muka depan sebuah majalah yang mempunyai penulisan teks. Ahli kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ia mengandungi ciri-ciri teks yang baik dari segi warna, jenis dan saiz font serta kandungan dalam teks yang ringkas dan mudah difahami.  


4) Kesesuaian


Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik iaitu kesesuaian. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ia bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak. Dalam foto itu dapat dilihat seorang wanita yang bekerja sebagai penyiang ikan di pasar pada waktu pagi. 


5)  Keseimbangan


Gambar yang terakhir memaparkan elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ruang dalam foto itu seimbang dari kiri dan kanan serta dari atas dan bawah. Dalam bahasa mudahnya, pemilihan gambar tersebut dilihat berdasarkan sudut kemampuan menyampaikan maklumat grafik yang baik dimana disebelah kanan gambar kelihatan seorang wanita dan diseimbangkan dengan teks disebelah kiri gambar. 







BBM3410Satu2020: Blanket Test


Kumpulan kami telah berjaya menjawab empat soalan blanket test yang dijalankan semasa kuliah pada hari ini. Oleh itu, kami telah memperoleh 4 markah secara keseluruhannya. Blanket test yang dijalankan adalah tentang topik Asas Grafik yang terkandung di dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Berikut adalah keempat-empat soalan beserta jawapan yang kami berikan.


1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam multimedia?

Jawapan: 11 muka surat.

2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?

Jawapan: Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.

3) Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan.

Jawapan: Elemen berkenaan adalah elemen mudah. Hal ini demikian kerana berpandukan gambar tersebut sahaja, seseorang dapat mengetahui ianya adalah sebuah pulau yang mana terdapat gunung-ganang di sekitarnya, di samping lautan yang terbentang luas.

4. Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang boleh dilihat? Terangkan.

Jawapan: Elemen tersebut ialah elemen warna. Hal ini demikian kerana gambar tersebut menggunakan jumlah warna yang minima seperti lautan yang berwarna biru kehijau-hijauan, namun masih mampu untuk menyerlahkan gambar yang dipaparkan.



Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk


Kisah ini menceritakan mengenai seorang kanak-kanak austisme yang bernama Alim. Alim mempunyai 3 orang adik-beradik iaitu Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Kedua-dua datuk dan nenek Alim masih hidup begitu juga dengan kedua orang tuanya. Datuk dan nenek sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala sebelah bapanya pula menetap di Melaka. Alim pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang bersama adik-beradiknya yang lain. Dia sangat suka pulang ke kampung kerana dapat bermain dengan haiwan peliharaan datuk dan neneknya iaitu ayam dan itik. Namun begitu, setibanya Alim disana, dia mendapati ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya itu tiada. Matanya mula berkaca dan air matanya mula mengalir. Tangisannya itu  didengari oleh datuk dan neneknya dan mula mendapatkan Alim yang berada di tepi reban. Neneknya memujuk Alim dan menunjukkan kearah reban baru yang terletak 50 meter dari tempatnya itu. Alim yang tadinya menangis mulai tersenyum. Senyumannya itu hanya bertahan beberapa minit sahaja kerana Alim sambung menangis apabila mendapati keadaan atau susunan perabot di rumah datuk dan neneknya itu berubah tempat. Dia seolah-olah merasakan rumah tersebut bukan kepunyaan datuk dan neneknya. Tanpa rasa jemu, neneknya memujuk Alim dengan memegang tangannya, berjalan mengelilingi rumah sambil bercerita mengenai perabot yang berada di dalam rumahnya itu. Selang beberapa minit kemudian, akhirnya Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu menonton televisyen bersama adik-beradiknya yang lain. Peristiwa yang berlaku pada hari itu menyedihkan kedua orang tuanya dan datuk serta neneknya. Hal ini demikian kerana mereka kehairanan apabila melihat Alim menangis tanpa sebab.

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


10 Cara Penulisan Blog yang Baik:

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7) Dapat dibaca dan difahami.
8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan:

Penulisan blog banyak memberi manfaat kepada pembaca terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini. Untuk menjadi seorang blogger yang baik dan bagus, cara atau kaedah menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat perlulah menepati citarasa masyarakat pada hari ini iaitu perlulah bersahaja, banyak menggunakan humor dan banyakkan penggunaan ayat yang ringkas bagi memudahkan pembaca untuk memahami maksud atau konteks ayat yang disampaikan. Selain itu, bagi memastikan blog sentiasa dilawati oleh pembaca, blogger mestilah sentiasa  komited menghantar maklumat baharu yang mempunyai hujah yang sahih terutamanya yang berkaitan dengan politik dan kesihatan sosial. Penulisan blog juga banyak memberi manfaat kepada pelajar untuk menjadikan media sosial itu sebagai platform bagi menyebarkan maklumat berkaitan dengan subjek atau matapelajaran yang diambil. Menurut Ferdig & Trammell (2004), blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar. Perkara yang paling utama dalam dunia penulisan blog ialah tajuk yang diletakkan perlulah menarik bagi menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana pembaca akan melihat terlebih dahulu tajuk yang ditulis oleh blogger sebelum mengklik pautan masuk ke laman tersebut. Tuntasnya, semua blogger perlulah menepati kriteria yang sesuai untuk menarik perhatian pembaca. 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri



Hai, selamat sejahtera semua. Nama saya Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif. Saya merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Saya dilahirkan pada 7 Mei 1998 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Saya seorang yang sangat komited dengan sesuatu kerja yang saya lakukan dan akan menyiapkannya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Perkara yang paling saya benci dalam hidup adalah membandingkan diri saya dengan orang lain sama ada dari segi akademik, kekayaan ataupun sikap. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Selain itu, hal lain yang menarik tentang diri saya ialah saya mudah menyesuaikan diri dengan orang lain  terutamanya sewaktu diberi tugasan kerja kursus secara berkumpulan. Saya rasa itu sahaja yang boleh saya kongsikan mengenai diri saya. Terima kasih sebab sudi melawat blog saya:).