Friday 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk


Kisah ini menceritakan mengenai seorang kanak-kanak austisme yang bernama Alim. Alim mempunyai 3 orang adik-beradik iaitu Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Kedua-dua datuk dan nenek Alim masih hidup begitu juga dengan kedua orang tuanya. Datuk dan nenek sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala sebelah bapanya pula menetap di Melaka. Alim pulang ke kampung nenek dan datuknya di Kajang bersama adik-beradiknya yang lain. Dia sangat suka pulang ke kampung kerana dapat bermain dengan haiwan peliharaan datuk dan neneknya iaitu ayam dan itik. Namun begitu, setibanya Alim disana, dia mendapati ayam dan itik peliharaan datuk dan neneknya itu tiada. Matanya mula berkaca dan air matanya mula mengalir. Tangisannya itu  didengari oleh datuk dan neneknya dan mula mendapatkan Alim yang berada di tepi reban. Neneknya memujuk Alim dan menunjukkan kearah reban baru yang terletak 50 meter dari tempatnya itu. Alim yang tadinya menangis mulai tersenyum. Senyumannya itu hanya bertahan beberapa minit sahaja kerana Alim sambung menangis apabila mendapati keadaan atau susunan perabot di rumah datuk dan neneknya itu berubah tempat. Dia seolah-olah merasakan rumah tersebut bukan kepunyaan datuk dan neneknya. Tanpa rasa jemu, neneknya memujuk Alim dengan memegang tangannya, berjalan mengelilingi rumah sambil bercerita mengenai perabot yang berada di dalam rumahnya itu. Selang beberapa minit kemudian, akhirnya Alim berhenti menangis dan duduk di ruang tamu menonton televisyen bersama adik-beradiknya yang lain. Peristiwa yang berlaku pada hari itu menyedihkan kedua orang tuanya dan datuk serta neneknya. Hal ini demikian kerana mereka kehairanan apabila melihat Alim menangis tanpa sebab.

No comments:

Post a Comment