Friday, 14 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog


10 Cara Penulisan Blog yang Baik:

1) Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2) Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. 
3) Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4) Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5) Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6) Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7) Dapat dibaca dan difahami.
8) Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9) Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10) Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan:

Penulisan blog banyak memberi manfaat kepada pembaca terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini. Untuk menjadi seorang blogger yang baik dan bagus, cara atau kaedah menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat perlulah menepati citarasa masyarakat pada hari ini iaitu perlulah bersahaja, banyak menggunakan humor dan banyakkan penggunaan ayat yang ringkas bagi memudahkan pembaca untuk memahami maksud atau konteks ayat yang disampaikan. Selain itu, bagi memastikan blog sentiasa dilawati oleh pembaca, blogger mestilah sentiasa  komited menghantar maklumat baharu yang mempunyai hujah yang sahih terutamanya yang berkaitan dengan politik dan kesihatan sosial. Penulisan blog juga banyak memberi manfaat kepada pelajar untuk menjadikan media sosial itu sebagai platform bagi menyebarkan maklumat berkaitan dengan subjek atau matapelajaran yang diambil. Menurut Ferdig & Trammell (2004), blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar. Perkara yang paling utama dalam dunia penulisan blog ialah tajuk yang diletakkan perlulah menarik bagi menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana pembaca akan melihat terlebih dahulu tajuk yang ditulis oleh blogger sebelum mengklik pautan masuk ke laman tersebut. Tuntasnya, semua blogger perlulah menepati kriteria yang sesuai untuk menarik perhatian pembaca. 

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning Through Blog Writing: Embracing the Technology. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment