"Keluarga"
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.
Saya merupakan
anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Ayah dan ibu membesarkan kami dengan
baik tanpa memilih kasih. Mereka melayan saya dan adik-adik yang lain dengan
penuh kesabaran dan keprihatinan. Setiap kali cuti sekolah, saya akan menolong
mereka di rumah melakukan aktiviti seperti memasak, menjaga adik, menyidai baju
dan banyak lagi. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menolong mereka
setiap hari. Bermula dengan membuat sarapan di pagi hari sehinggalah menolong
mereka menyediakan makan malam. Bagi saya, mereka berdua adalah anugerah
terindah yang pernah saya peroleh. Walaupun kami berasal dari keluarga yang
susah, namun ayah saya sering menasihati saya dan adik-adik yang lain agar
menjaga tingkah laku dan pertuturan serta tidak meminta-minta kepada orang
lain. Nasihat dan pesanan tersebut sentiasa saya ingati walau dimana saya
berada. Ibu bapa yang saya sayangi, jangau dikau risau dengan pemergian anakmu
ini ke tempat orang kerana anakmu ini akan sentiasa berhati-hati dalam segala
aspek dan menjaga budi peekrti demi keluarga yang saya cintai. Tiada apa yang
aku cintai di dunia ini melebihi cintaku pada kamu berdua, juga abang, kakak,
adik dan saudara-mara sepertalian denganku. Saya sangat bersyukur kerana mereka
semua sentiasa ada bersama semasa saya memerlukan mereka.
No comments:
Post a Comment