Thursday, 13 February 2020
BBM3410Satu2020: Tentang Diri
Hai, selamat sejahtera semua. Nama saya Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif. Saya merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Saya dilahirkan pada 7 Mei 1998 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Saya seorang yang sangat komited dengan sesuatu kerja yang saya lakukan dan akan menyiapkannya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Perkara yang paling saya benci dalam hidup adalah membandingkan diri saya dengan orang lain sama ada dari segi akademik, kekayaan ataupun sikap. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa setiap manusia itu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Selain itu, hal lain yang menarik tentang diri saya ialah saya mudah menyesuaikan diri dengan orang lain terutamanya sewaktu diberi tugasan kerja kursus secara berkumpulan. Saya rasa itu sahaja yang boleh saya kongsikan mengenai diri saya. Terima kasih sebab sudi melawat blog saya:).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif (197944) Gambar Rajah 1 Gambar rajah diatas menunjukkan Peta Minda kepentingan ...
-
Pengalaman Sepanjang Mengikuti kursus BBM3402 bersama Prof N❤️ Hai warga blog sekalian. Pertamanya terima kasih sebab sudi singgah ke blog...
No comments:
Post a Comment