Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik



                                        
                                          Proses mencari dan menggunting huruf serta angka

 Kesemua ahli kumpulan Techninjas' Production sedang tekun mencari bahan di dalam majalah. Bahan yang dijumpai akan terus digunting dan diasingkan di satu tempat bagi memudahkan proses penampalan yang akan dijalankan selanjutnya. Proses ini berjalan dengan lancar kerana setiap ahli kumpulan  komited dengan tugas masing-masing. Tempoh yang diperuntukkan untuk proses ini adalah selama 20 hingga 25 minit .


                                          Proses mencari dan menggunting lima asas grafik

Dalam masa yang sama, pencarian lima gambar yang terdapat dalam majalah juga bergerak seiring dengan proses diatas. Kelima-lima gambar yang dicari akan dipersembahkan dihadapan pensyarah sebelum diguna pakai untuk dijadikan bahan tugasan. Gambar yang diperoleh perlu mematuhi ciri asas grafik yang terdapat dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Untuk proses ini, lebih kurang 15 ke 20 minit masa yang diperuntukkan kerana pemilihan gambar atau bahan perlulah diteliti dengan rapi bagi memastikan setiap gambar yang dipilih memfokuskan kepada asas grafik yang tersebut.

                                             Proses menampal bahan di atas mounting board



Tugasan tersebut kemudiannya disambung di luar waktu kuliah kerana masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Kesemua ahli kumpulan masih bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan sehingga titik akhir proses tersebut iaitu proses melekatkan bahan yang digunting diatas mounting board. Proses ini sangat lama kerana kami perlu teliti dan fokus bagi  memastikan bahan yang dilekatkan itu tersusun dengan rapi dan mengelakkan daripada berlakunya ketidakkemasan.



Dengan hanya berbekalkan ketekunan dan semangat yang tinggi, segala usaha yang dicurahkan akhirnya membuahkan hasil apabila tugasan tersebut dapat disiapkan dengan jayanya. Berdasarkan gambar tersebut dapat dilihat bahawa setiap ahli kumpulan menunjukkan ekspresi yang sangat gembira sewaktu bergambar bersama hasil akhir tugasan.  

Ulasan Tugasan Asas Grafik:

1) Mudah


Gambar diatas menunjukkan ciri-ciri yang terdapat dalam elemen  asas grafik iaitu mudah. Kumpulan kami memilih foto tersebut kerana ia memperlihatkan mesej yang mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan kepada penglihatan seseorang. 


2) Warna


Gambar di atas mempunyai kriteria ciri-ciri yang terdapat dalam elemen asas grafik iaitu warna. Berdasarkan buku Multimedia dalam Bahasa, grafik yang wajar seharusnya tidak mempunyai lebih dari tiga warna. Namun begitu kumpulan kami memilih foto yang memiliki pelbagai warna ini kerana ia sangat menarik perhatian dan warna yang ditonjolkan sesuai dengan kombinasi warna latar belakang yang menarik.  


3) Teks


Foto di atas memperlihatkan muka depan sebuah majalah yang mempunyai penulisan teks. Ahli kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ia mengandungi ciri-ciri teks yang baik dari segi warna, jenis dan saiz font serta kandungan dalam teks yang ringkas dan mudah difahami.  


4) Kesesuaian


Gambar di atas menunjukkan elemen asas grafik iaitu kesesuaian. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ia bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak. Dalam foto itu dapat dilihat seorang wanita yang bekerja sebagai penyiang ikan di pasar pada waktu pagi. 


5)  Keseimbangan


Gambar yang terakhir memaparkan elemen asas grafik iaitu keseimbangan. Kumpulan kami memilih gambar tersebut kerana ruang dalam foto itu seimbang dari kiri dan kanan serta dari atas dan bawah. Dalam bahasa mudahnya, pemilihan gambar tersebut dilihat berdasarkan sudut kemampuan menyampaikan maklumat grafik yang baik dimana disebelah kanan gambar kelihatan seorang wanita dan diseimbangkan dengan teks disebelah kiri gambar. 







No comments:

Post a Comment