Keluarga Alim sangat menyukai buah-buahan tempatan
seperti rambutan, durian, langsat, duku dan banyak lagi. Oleh hal yang
demikian, bapa mereka telah membwa pulang buah-buahan yang dibeli dari pasar
tani yang tidak jauh dari kediaman mereka. Ibu bapa Alim sangat menitik
beratkan disiplin dalam keluarganya. Hal ini dapat dilihat apabila ibu mereka
meminta adik-beradik Alim untuk membuang sampah di dalam tong yang telah
disediakan. Dikala adik-adik yang lain sedang mengunyah buah-buahan untuk perut
sendiri,Alim pula memikirkan kawan baik disebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Dia
meminta ibunya untuk mengasingkan buah-buahan itu agar ia boleh berkongsi
dengan Sulaiman. Setelah memberi buah-buahan itu, Alim kembali ke rumah sambil
tersenyum. Mak Cik Timah yang sedang menyapu di luar rumah melihat kelibat Alim
dan mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan kepada anaknya itu. Alim
mengatakan bahawa ibu bapanya yang mengajarnya untuk berkongsi barang atau
makanan dengan orang lain. Walaupun Alim seorang yang istimewa, namun ia masih mampu mengingati segala nasihat dan teguran
daripada kedua orang tuanya. Mak Cik Timah bersyukur kerana anaknya berkawan
dengan insan yang istimewa itu dan beliau mendoakan Alim dan keluarganya diberi
kesihatan dan kesejahteraan.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment