Wednesday 30 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

 

M10 - TERJEMAHAN TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


MUHAMMAD NUUR BIN MOHAMED SHARIF
197944


Masihkah Kau Ingat?

 

1.      1.    Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

 

2.      2.    Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

 

3.      3.     Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

 

4.      4.     Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

 

5.      5.     Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

6.       6    Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

 

7.      7.    Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10 – 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

 

8.      8.     Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

9.       9.    Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Terjemahan Inggeris

 

Do You Still Remember?

 

1.      1.     Write and rework using your own sentences (Do not copy (salin tampal) from articles or books).

 

2.      2.     Use Turnitin or other tool before making submissions to supervisor or journal.

 

3.       3.    Make a reference from the main reference. Avoid referring to secondary references.

 

4.      4.     Read many recent articles to better understand the study to be conducted (minimum 50 articles).

 

5.       5.    Attend seminars or conferences to get input on relevant studies.

 

6.       6.    Discuss with the supervisor about the research conducted. Avoid talking to other students  because students are not experts in the field.

 

7.      7.     Number of pages (approximately) for Chapter 1 (10-12 pages), Chapter 2 (30 pages – Bachelor and Master; 50 pages – PhD), Chapter 3 (10 – 12 pages), Chapter 4 (40 pages for each objectives and Chapter 5 (8-12 pages).

 

8.       8.    The whole thesis should have a maximum of about 80 pages (bachelor), 81-150 (Master) and 151-240 (PhD). *Subject to the wishes of lecturers, faculty and universities.

 

9.      9.     Make a plan or schedule for the entire study period.

 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia




BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020





BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 

M10- TERJEMAHAN QUOTATION 3


 
MUHAMMAD NUUR BIN MOHAMED SHARIF
197944

1.       Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan sentiasa menghadapi perkara tersebut demi mendapatkan ketenangan itu semula.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

                   

Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih dan . Alim menangis.

 

2.       Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

Saya ada bapa. Saya ada ibu. Saya ada abang. Saya ada kakak. Saya ada adik perempuan,” ujar Alim sambil menunjuk ke arah setiap gambar di dinding

 

 

3.       Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

 

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)  

 

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum

 

 

 

 

4.       Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk memanjat gunung yang tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi sukar dalam sesuatu masa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk  menolong adik perempuan di rumah.

 

5.       Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa melakukan yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

 

Setiap hari, adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan menyimpan semula permainan setelah bermain. Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.

 

6.       Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, maka saya akan menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

 

Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik. Mereka cuba bercerita dengan Alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim tetap kaku.

 

 

 

 

 

7.       Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya meletakkan kepercayaan kepada awak.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

 

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari.

 

8.       Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk sentiasa mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. “Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu perlahan.

 

9.       Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

“ Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

“ Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.

“ Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.



Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 


 


BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020







BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

 

M10 – TERJEMAHAN RESEPI 4



Ayam Panggang Rosemary bersama Epal dan Kentang

⭐⭐⭐⭐⭐       44 Penilaian   |   31 Ulasan   |    7 Gambar

Permulaan musim luruh didatangi dengan musim buah epal, ini bermakna sudah tiba masanya untuk memasak! Selain pai epal, epal panggang  juga sesuai dimasak dengan ayam! Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai makanan pada musim panas, gabungan ayam panggang yang rangup bersama epal, kentang, dan bawang menjadikan hidangan ayam panggang enak dan lazat. 

 




Bahan-bahan

          Semburan masakan

          2 sudu besar mentega

          I biji bawang besar, dihiris

          garam, ditambah mengikut cita rasa

          4 sudu kecil gula putih

          5 biji buah epal bersaiz sederhana – dikupas, dan dipotong kepada 1/4 inci

          1 paun kentang emas Yukon, dipotong kepada 1/4 inci

          2 sudu besar minyak zaitun

          6 bahagian tulang, kulit pada bahagian peha ayam

          2 sudu kecil rosemary segar yang dicincang

          sedikit lada hitam

 

Cara- cara 

   Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 400 darjah F (200 darjah C). Semburkan bahagian atas dan bawah dengan semburan memasak.

 

   Langkah 2

Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan masukkan hirisan bawang. Taburkan bawang dengan 1 sudu teh garam dan tumiskan selama 2 minit. Masukkan gula dan masak sehingga bawang sedikt layu tetapi tidak berwarna coklat, lebih kurang 6 hingga 8 minit. Keluarkan dari panas.

 

   Langkah 3

Lapiskan epal, kentang, dan hirisan bawang tumis di bahagian bawah kuali panggang. Tutup dengan bahagian atas kuali panggang

 

   Langkah 4

Tuangkan minyak zaitun ke atas paha ayam. Taburkan juga rosemary, garam, dan lada hitam. Lumur minyak zaitun dan rempah-rempah sehingga rata dan letakkan di atas panci panggang.

 

   Langkah 5

Panggang di dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga air sedikit kering  dan termometer segera diletakkan pada bahagian paha yang berhampiran tulang, bacaan 165 darjah F (74 darjah C), kira-kira 1 jam. Hidangkan epal, kentang, dan bawang bersama paha ayam.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

404 kalori; protein 21.3g; karbohidrat 34.8g; lemak 20.5g; kolesterol 81.2mg; natrium 486mg.

 

 

Rujukan:

Allrecipes.. (2020). Greek Lemon Chicken and Potatoes.. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/276263/rosemary-roasted-chicken-with-apples-and-potatoes/.


BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020




BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

 

M10 – TERJEMAHAN RESEPI 3




Ayam masak lemon Greek dengan ubi kentang

⭐⭐⭐⭐⭐       1,084 Penilaian   |   753 Ulasan   |    226 Gambar


Saya tidak mempunyai tenaga mahupun keberanian untuk memenuhi keperluan hidup, namun penyediaan ayam masak Lemon Greek bersama ubi kentang ini menjadi salah satu resipi pembuka saya, selain untuk dihidangkan pada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Berikut adalah bukti yang menunjukkan bahawa resipi ini akan menjadi pilihan ramai, mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.





Bahan-bahan

 

          4 paun paha, tulang dan kulit ayam

          1 sudu besar garam kosher

          1 sudu besar oregano kering

          1 sudu kecil lada hitam

          1 sudu kecil  daun rosemary kering

          Secubit lada cayenne

          ½ cawan jus lemon segar

          ½ cawan minyak zaitun

          6 ulas bawang putih, dicincang

          3 biji kentang russet, dikupas dan dipotong rata

          ⅔ cawan sup ayam, ditambah ke dalam kuali

          oregano segar yang dicincang untuk hiasan

 

Cara- cara 

   Langkah 1

Panaskan ketuhar sehingga 425 darjah F (220 darjah C). Masukkan sedikit minyak ke dalam pemanggang besar.

 

   Langkah 2

Letakkan kepingan ayam ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan garam, oregano, lada, rosemary, dan lada cayenne. Tambahkan jus lemon segar, minyak zaitun, dan bawang putih. Letakkan kentang ke ke dalam mangkuk bersama ayam; kacau sebati sehingga ayam dan kentang disalut rata.

 

   Langkah 3

Pindahkan kepingan ayam dan kulit ke dalam tempat panggang yang sudah siap, kemudian perap. Masukkan kepingan kentang di antara paha ayam. Campurkan dengan 2/3 cawan sup ayam menggunakan sudu perapan ayam dan kentang.

 

   Langkah 4

Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Panaskan ketuhar selama 20 minit. Masukkan ayam dan kentang, bakar lebih kurang  25 minit. Termometer bacaan segera yang dimasukkan berhampiran tulang hendaklah berukuran 165 darjah F (74 darjah C). Pindahkan ayam ke pinggan hidangan dan biarkan hangat.

 

   Langkah 5

Tetapkan ketuhar pada suhu panas. Masukkan kentang sekali lagi ke dalam kuali pemanggang. Letakkan kuali di bahagian bawah ayam, panggang sehingga kentang menjadi lembut, kira-kira 3 minit. Pindahkan ayam dan kentang ke dalam pinggan.

 

   Langkah 6

Letakkan kuali panggang di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan sedikit kuah, kacau sehingga bahagian bawah kuali sedikit keperangan. Hiaskan dengan oregano yang dicincang halus.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

1139 kalori; protein 80.4g; karbohidrat 34.5g; lemak 74.5g; kolesterol 283.6mg; natrium 1865.5mg.

 

Rujukan:

Allrecipes.. (2020). Greek Lemon Chicken and Potatoes.. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/242352/greek-lemon-chicken-and-potatoes/


BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020




BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

 

M10 – TERJEMAHAN RESEPI 2



Pai Pot Ayam IX

⭐⭐⭐⭐⭐       12,854 Penilaian   |   9,055 Ulasan   |    2,325 Gambar

Pai ayam yang enak yang dibuat dari awal dengan wortel, kacang polong dan saderi.


Persediaan: 20 minit

Masak: 50 minit

Jumlah: 1 Jam 10 minit

Hidangan: 8

Hasil: 1 9 inci pai


Bahan-bahan

 

       Bahagian dada ayam tanpa kulit 1 paun – potong dadu

       1 cawan lobak yang dihiris

      1 cawan kacang hijau beku

     ½ cawan saderi yang dihiris

⬜     ⅓ cawan mentega

      ⅓ cawan bawang cincang

⬜    ⅓ cawan tepung serba guna

⬜    ½ garam teh

     ¼ sudu teh lada hitam

    ¼ sudu teh biji saderi

    1 ¾ cawan sup ayam

   ⅔ cawan susu

   Kerak pai 2 (9 inci) yang tidak dibakar

 

Cara- cara 

 

   Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 425 darjah F (220 darjah C.)

 

   Langkah 2

Dalam periuk, gabungkan ayam, wortel, kacang polong, dan saderi. Masukkan air untuk menutup dan rebus selama 15 minit. Angkat dari api, toskan dan ketepikan.

 

   Langkah 3

Dalam periuk di atas api sederhana, masak bawang dalam mentega hingga lembut dan lut. Masukkan tepung, garam, lada, dan biji saderi. Kacau perlahan perapan ayam dan susu. Didihkan dengan api sederhana-rendah hingga pekat. Angkat dari api dan ketepikan.

 

   Langkah 4

Letakkan campuran ayam di kerak pai bawah. Tuangkan campuran cecair panas ke atas. Tutup dengan kerak atas, tutup segel, dan potong adunan yang berlebihan. Buat beberapa celah kecil di bahagian atas untuk membolehkan wap keluar.

 

   Langkah 5

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 hingga 35 minit, atau sehingga pastri berwarna perang keemasan dan isinya menggelegak. Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

412 Kalori; Protein 18.4g; Karbohidrat 30.4g; Lemak 23.9g; Kolesterol 54.9mg; Natrium 517mg.

 

Rujukan:

Allrecipes. (2020). Chicken Pot Pie XI. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/26317/chicken-pot-pie-ix/

 

BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020