M10 – TERJEMAHAN
RESEPI 3
Ayam masak lemon
Greek dengan ubi kentang
⭐⭐⭐⭐⭐ 1,084 Penilaian | 753
Ulasan | 226 Gambar
Saya tidak mempunyai tenaga mahupun keberanian untuk memenuhi keperluan hidup, namun penyediaan ayam masak Lemon Greek bersama ubi kentang ini menjadi salah satu resipi pembuka saya, selain untuk dihidangkan pada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Berikut adalah bukti yang menunjukkan bahawa resipi ini akan menjadi pilihan ramai, mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.
Bahan-bahan
⬜ 4 paun paha,
tulang dan kulit ayam
⬜ 1 sudu besar
garam kosher
⬜ 1 sudu
besar oregano kering
⬜ 1 sudu kecil
lada hitam
⬜ 1 sudu kecil
daun rosemary kering
⬜ Secubit
lada cayenne
⬜ ½ cawan
jus lemon segar
⬜ ½ cawan minyak
zaitun
⬜ 6 ulas
bawang putih, dicincang
⬜ 3 biji
kentang russet, dikupas dan dipotong rata
⬜ ⅔ cawan sup
ayam, ditambah ke dalam kuali
⬜ oregano
segar yang dicincang untuk hiasan
Cara- cara
☑ Langkah 1
Panaskan ketuhar sehingga 425 darjah F (220 darjah C). Masukkan
sedikit minyak ke dalam pemanggang besar.
☑ Langkah 2
Letakkan kepingan ayam ke dalam mangkuk besar. Campurkan
dengan garam, oregano, lada, rosemary, dan lada cayenne. Tambahkan jus lemon
segar, minyak zaitun, dan bawang putih. Letakkan kentang ke ke dalam mangkuk
bersama ayam; kacau sebati sehingga ayam dan kentang disalut rata.
☑ Langkah 3
Pindahkan kepingan ayam dan kulit ke dalam tempat
panggang yang sudah siap, kemudian perap. Masukkan kepingan kentang di antara
paha ayam. Campurkan dengan 2/3 cawan sup ayam menggunakan sudu perapan ayam
dan kentang.
☑ Langkah 4
Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Panaskan
ketuhar selama 20 minit. Masukkan ayam dan kentang, bakar lebih kurang 25 minit. Termometer bacaan segera yang
dimasukkan berhampiran tulang hendaklah berukuran 165 darjah F (74 darjah C).
Pindahkan ayam ke pinggan hidangan dan biarkan hangat.
☑ Langkah 5
Tetapkan ketuhar pada suhu panas. Masukkan kentang sekali lagi ke dalam
kuali pemanggang. Letakkan kuali di bahagian bawah ayam, panggang sehingga
kentang menjadi lembut, kira-kira 3 minit. Pindahkan ayam dan kentang ke dalam
pinggan.
☑ Langkah 6
Letakkan kuali panggang di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan
sedikit kuah, kacau sehingga bahagian bawah kuali sedikit keperangan. Hiaskan
dengan oregano yang dicincang halus.
Fakta Nutrisi
Per hidangan:
1139 kalori; protein 80.4g; karbohidrat 34.5g; lemak 74.5g; kolesterol
283.6mg; natrium 1865.5mg.
Rujukan:
Allrecipes.. (2020). Greek Lemon Chicken and Potatoes.. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/242352/greek-lemon-chicken-and-potatoes/
BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020
No comments:
Post a Comment