Wednesday 30 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 

M10- TERJEMAHAN QUOTATION 3


 
MUHAMMAD NUUR BIN MOHAMED SHARIF
197944

1.       Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan sentiasa menghadapi perkara tersebut demi mendapatkan ketenangan itu semula.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

                   

Alim tidak faham mengapa ayam dan itik tiada di dalam reban. Alim sangkakan semua ayam dan itik sudah mati. Alim sedih dan . Alim menangis.

 

2.       Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi detik terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

Saya ada bapa. Saya ada ibu. Saya ada abang. Saya ada kakak. Saya ada adik perempuan,” ujar Alim sambil menunjuk ke arah setiap gambar di dinding

 

 

3.       Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

 

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan membuatkan saya sedar bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)  

 

Ibu memegang tangan Alim lalu diusapnya. Alim terdiam seketika. Alim memandang ke arah ibu dan tersenyum

 

 

 

 

4.       Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk memanjat gunung yang tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut akan menjadi sukar dalam sesuatu masa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk  menolong adik perempuan di rumah.

 

5.       Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa melakukan yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

 

Setiap hari, adik beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim juga menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan menyimpan semula permainan setelah bermain. Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim.

 

6.       Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Andai dapat saya meluahkan rasa cinta ini kepada awak, maka saya akan menjadi insan yang paling bahagia di dalam dunia ini.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

 

Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik. Mereka cuba bercerita dengan Alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim tetap kaku.

 

 

 

 

 

7.       Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya meletakkan kepercayaan kepada awak.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

 

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari.

 

8.       Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk sentiasa mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. “Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu perlahan.

 

9.       Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya sentiasa percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

 

“ Alim anak yang rajin dan baik,” sebut ibu sambil memegang bahu Alim.

“ Alim suka tolong adik,” kata bapa sambil tersenyum.

“ Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim.



Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.



Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT. 


 


BUKTI KEHADIRAN: 28 DISEMBER 2020







No comments:

Post a Comment