Thursday 7 May 2020

ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Nota Ringkas Bab 7



Rujukan 

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim(2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 



CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Tiga nilai murni dalam cerita sosial 3:
πŸ‘‰  Tolong-menolong
πŸ‘‰  Memberi semangat
πŸ‘‰  Ringan tulang


 1) Tolong-menolong
πŸ‘‰ Nilai murni yang pertama dalam cerita ini adalah ringan tulang atau suka menolong. Hal ini dapat kita lihat apabila Alim menolong adik-beradiknya membuat kerja rumah setiap hari. Walaupun dia seorang yang istimewa, namun ia bukan lah penghilang buatnya untuk menolong orang lain. Nilai ini dapat kita jadikan sebagai pedoman hidup dan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharan. Amalan tolong-menolong ini sangat bagus sekiranya digunakan untuk kebaikan.

2. Memberi semangat
πŸ‘‰ Setiap manusia selalu sahaja berdepan dengan masalah yang tidak mampu kita lalui. Namun Jika kita diberi semangat atau ada yang menyokong pasti kita mampu mengharungi tanpa rasa ragu-ragu. Nilai ini ditonjolkan oleh ibu Alim semasa Alim menunjukkan keinginan untuk tidak mengemas rumah. Ibunya menghampiri Alim lalu berkata "Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong, ". Kata-kata tersebut telah menyebabkan Alim tersenyum dan mula bersemangat untuk menolong ibunya.

3. Ringan Tulang
πŸ‘‰ Sikap Alim yang rajin dan suka menolong keluarganya mengemas rumah wajar kita contohi. Sebagai seorang anak, kita perlulah taat dan patuh kepada kedua orang tua dan menghormati adik-beradik yang lain. Salah satu cara untuk taat Perintah ibu bapa ialah sentiasa rajin dalam apa jua keadaan. Apabila ibu menyuruh kita membeli sesuatu, kita wajar dan harus Menunaikannya tanpa perlu bagi alasan. Sekiranya sikap ini dapat kita contohi, maka segala perkara yang ada dalam dunia ini tidak akan dapat menghalang untuk kita mencapai sesuatu Impian.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi  Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.



KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Muhammad Nuur bin Mohamed Sharif (197944)

                      Gambar Rajah 1

Gambar rajah diatas menunjukkan Peta Minda kepentingan Asas grafik :

1) Menarik
πŸ‘‰ Bagi menghasilkan sesuatu gambar yang dapat menarik perhatian pelbagai golongan masyarakat, pengaplikasian asas grafik semasa mengambil atau memperlihatkannya di media sosial perlulah menepati asas grafik yang tepat.

2. Mudah difahami
πŸ‘‰ Foto atau gambar yang diambil akan lebih mudah difahami tanpa perlu meletakkkan sebarang kapsyen. Hal ini demikian kerana gambar yang terhasil dengan mematuhi asas grafik yang betul akan menyebabkan netizen lebih  senang untuk memahami mesej yang cuba disampaikan.

3. Mesej
πŸ‘‰ Setiap apa yg dilihat atau di tonton seharusnya menggambarkan mesej yang ingin disampaikan. Sebelum menghantar sebarang gambar atau foto, seseorang itu perlulah memilih kapsyen yang sesuai untuk diletakkan di ruangan bawah gambar bagi memastikan mesej dan disampaikan dengan jelas kepada netizen.

4. Ketara
πŸ‘‰ Keupayaan media massa zaman kini banyak menyumbang kepada permasalahan sosial seperti pergaduhan akibat Salah faham yang berlaku. Oleh itu, melalui asas grafik ini, setiap gambar yang Dihantar akan mempunyai mesej yang jelas dan tepat di samping dapat mengelakkan keraguan para netizen.

5. Promosi
πŸ‘‰ Bagi penggunaan media sosial yang menjadikan dunia Maya sebagai Tempat mencari rezeki dengan cara menjual barangan atau produk, asas grafik sangat membantu mereka dalam mempromosikan barangan yang dijual dengan lebih baik dan sambutan terhadap barangan tersebut akan lebih cepat dan banyak Jika dibandingkan dengan promos tanpa menggunakan asas grafik.




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa:Selangor.Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020: Gambar Keseluruhan

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)


AKTIVITI 1 


AKTIVITI 2


AKTIVITI 3


BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)

Nilai Murni yang terdapat dalam cerita sosial 2.




1. Menjaga Kebersihan 
          
            Ibu bapa Alim sangat mementingkan kebersihan. Hal ini dapat dilihat apabila ibu Alim menyuruh anak-anaknya membuang sampah di bakul yang Disediakan olehnya. Nilai Murni ini sangat wajar dicontohi oleh setiap keluarga agar dapat melahirakan masyarakat yang sihat dan sejahtera. 

2. Tidak kedekut
      
          Nilai Murni ini dapat dilihat dalam diri Alim apabila dia menanyakan kepada ibunya samada buah-bahan yang diberi oleh ayah mereka boleh di kongsi dengan jiran. Hal ini demikian kerana ibu bapa Alim sering menasihati anaknya bahawa berkongsi barang atau makanan adalah satu perbuatan yang baik. 

3. Ringan Tulang

          Walaupun Alim seorang anak yang istimewa, namun dia suka menolong ibu bapanya mengemas rumah. Hal ini dapat dilihat setelah keluarga Alim selesai makan, dia menolong abang Imran, Kak Madinah, ibu dan ayah memberikan rumah. Semangat dan sikap yang ditujukkan oleh Alim sangat baik dan sewajarnya menjadi kebiasaan kita yang normal ini. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Rule of Thirds

Muhammad nuur bin Mohamed Sharif (197944)





Penggunaan Rule of Thirds semasa berswafoto dapat menghasilkan gambar yang menarik dan lebih jelas. Teknik ini sangat penting kepada Ahli fotografi yang sering menghabiskan masa mereka dengan bergambar. Sekiranya teknik ini diguna pakai dengan cara yang betul Maka setiap rinci gambar akan dapat di terangkan tanpa menulis apa-apa kapsyen. Hal ini demikian kerana gambar yang dihasilkan dengan menggunakan kotak grid ini akan lebih Seimbang dan tidak begitu crowded sangat. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa:Selangor. Penerbit Universiti Putra Malaysia.