Sunday 10 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

 

M11 - HURAIAN TESIS



MUHAMMAD NUUR BIN MOHAMED SHARIF

197944


Masihkah Kau Ingat?

 

1.      1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

 

Huraian: Bahan rujukan sangat penting dalam membantu menyelesaikan suatu kajian. Namun begitu, hasil rujukan itu perlu diolah dan diubah suai dengan menggunakan ayat sendiri bagi memastikan tidak berlaku plagiat dan hasil akhir kajian adalah asli hasil ciptaan sendiri.

 

2.       2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

 

Huraian: Zaman sekarang, pelbagai aplikasi telah dibangunkan bagi membantu pengkaji memeriksa kajian yang dihasilkan sama ada mempunyai kadar plagiat yang tinggi atau tidak. Aplikasi yang paling popular dalam situasi ini adalah turnitin.

 

3.       3.  Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

 

Huraian: Penghasilan suatu kajian sangat bergantung kepada bahan rujukan. Bahan rujukan terbahagi kepada dua iaitu rujukan utama dan rujukan sekunder. Untuk menghasilkan kajian yang berkualiti dan baik, bahan rujukan utama seperti jurnal, artikel, ensiklopedia dan kamus perlu banyak diaplikasikan di dalam kajian berbanding sumber dari internet iaitu rujukam sekunder.

 

4.       4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan          (minimum 50 artikel).

 

Huraian: Tidak dapat dinafikan bahawa suatu kajian itu sangat sukar dijalankan sekiranya pengkaji tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang kajian tersebut. Oleh itu, pengkaji perlu memperbanyakkan amalan membaca artikel sekurang-kurangnya 50 artikel yang berkait dengan kajian yang dijalankan. Tujuannya adalah supaya kajian tersebut mencapai objektif yang telah ditetapkan serta dapat disiapkan dalam tempoh tertentu.

 

5.      5.  Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

 

Huraian: Pelbagai cara dapat dilakukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti. Antaranya ialah menghadiri seminar atau persidangan mengenai cara atau langkah yang dapat membantu penghasilan kajian yang baik dan bermanfaat.

 

6.       6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

 

Huraian: Suatu perbincangan bagi menyelesaikan masalah sangat baik dan sewajarnya diamalkan oleh setiap pengkaji. Namun begitu, dalam konteks kajian ilmiah yang memerlukan sumber yang benar dan tepat, ia perlulah dirujuk kepada pakar bidang seperti penyelia atau pakar bidang bagi mengelakkan hasil kajian tidak menepati matlamat yang ditetapkan.

 

7.      7.  Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bacelor dan Master; 50 halaman – PhD), Bab 3 (10 – 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

 

Huraian: Penulisan tesis yang dilakukan juga hendaklah menitikberatkan jumlah halaman pada setiap bab bagi mengelakkan berlakunya kekurangan halaman mengikut syarat pelaksanaan penulisan tesis tersebut. Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman.

 

8.      8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

 

Huraian: Kajian yang berstatus bachelor, master dan PhD mempunyai jumlah halaman yang telah ditetapkan. Jumlah halaman bagi tesis bachelor adalah maksimum sebanyak 80 halaman, manakala Master dan PhD pula masing-masing dari 81-150 halaman dan 151-240 halaman tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


9.        9.  Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

 

Huraian: Sebaik-baiknya, sepanjang tempoh pengajian, adalah disarankan agar perancangan yang rapi dan teliti dibuat bagi memastikan matlamat dan hala tuju Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA) diakhir tahun pengajian dapat disiapkan tanpa stress dan pada waktu yang ditetapkan.





Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.



BUKTI KEHADIRAN: 4 JANUARI 2021








No comments:

Post a Comment