Antara manfaat penggunaan Instagram adalah ia dapat membantu dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram. Pengguna akan dapat mempelajari pelbagai fungsi yang terdapat dalam Instagram dan dapat menggunakan kemahiran tersebut dengan sebaiknya. Selain itu, pengguna juga diberi peluang untuk membuka hati kepada umum melalui mesej yang disampaikan dalam aplikasi Instagram tersebut. Instagram juga dapat membantu pengguna yang anti-sosial untuk belajar menyesuaikan diri dengan masyarakat luar. Media sosial ini tidak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan atau berkongsi cerita tetapi juga ia boleh dimanfaatkan sebagai medium baharu dalam sukatan pelajaran dalam kalangan guru di sekolah. Dengan gaya pengajaran yang lebih relax dan seronok, pelajar akan lebih cenderung untuk fokus di dalam kelas.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial. Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment