Wednesday 23 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

 

M9- TERJEMAHAN QOUTATION 2.0

 

                                           


                              
 

                                                       

        

 

1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.

Terjemahan Melayu: Apabila seseorang memarahi kamu, tetaplah tersenyum dan meminta maaf kepadanya.

Bukti: Cerita Sosial  3 (Keluarga Saya)


‘Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,’ kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. ‘Begini, perlahan-lahan ya!,’ bisik ibu perlahan.

 

2. Teks Asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.

Terjemahan Melayu: Jika hidup kamu berada dalam kesulitan, berkatalah kepada diri bahawa segalanya akan berlalu kerana masa pasti akan mengubatinya.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)


Mereka semua berdoa supaya Alim cepat sembuh.

 

3. Teks Asal: Always be kind to others.

Terjemahan Melayu: Sentiasalah bersikap baik terhadap orang lain.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)


Hari ini hari lahir Alim. Alim berkongsi kek cawan dengan rakan yang lain. Rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepada Alim.

 

4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.

Terjemahan Melayu: Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi diri orang lain.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)


Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.

 

5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.

Terjemahan Melayu: Sentiasalah berkata tentang perkara yang positif, maka hidup anda akan menemukan kebahagiaan.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)


Cikgu Anis mengajar Alim untuk hormat pada orang tua. Cikgu Anis mengajar Alim untuk tunduk apabil berjalan di hadapan orang tua. Cikgu Anis mengajar Alim untuk mengucapkan terima kasih. Cikgu Anis juga mengajarkan Alim untuk mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Rakan-rakan sekelas Alim juga sudah pandai menyebut ‘Selamat pagi’ dan ‘Terima kasih’.

 

6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.

Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai anda kerana saya juga manusia biasa.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)


Ibu dan bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan Alim hari ini. Mereka hairan kenapa tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab. Namun, mereka cuba untuk menolong Alim.

 

7. Teks Asal: To me, you are the most precious person in the world.

Terjemahan Melayu: Bagi saya, anda adalah orang yang paling berharga di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

 

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

 

 8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.

Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa bersamamu.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)


 Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya.

 

9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.

Terjemahan Melayu: Setiap kebaikan adalah sebuah kebenaran.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)


“Sama-sama Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua mesti baik dengan jiran,” jawab Alim sambil menganggukkan kepala.

 

10. Teks Asal: Be a better person today and you will find happiness.

Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih baik hari ini dan anda akan mendapat kebahagiaan yang dicari.

Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa


“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya.


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.





 

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.





BUKTI KEHADIRAN: 21 DISEMBER 2020







No comments:

Post a Comment