Wednesday 16 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

 

M8- TERJEMAHAN TWITTER


 

Yang Maha Kuasa mengasihi anda lebih daripada yang anda dapat bayangkan. Dia akan terus menguji anda tetapi semuanya bergantung kepada kemampuan anda. Dia tidak akan pernah meninggalkan anda. Jadi jangan berputus asa. Apabila anda merasakan sudah tersilap jalan , dia akan menunjukkan anda jalan kembali! Teruskan maju! 



Berhati-hati dengan siapa yang anda percaya. Ingat, gula & garam? Keduanya kelihatan serupa. Jadi lihat dengan teliti. Dengarkan rasa hati anda. Yang Maha Kuasa telah memberi anda intuisi. Gunakannya dengan bijak. Perhatikan apa yang manusia lakukan. Bukan hanya apa yang mereka katakan. Apabila kata-kata & tindakan diselaraskan, maka kepercayaan akan menjadi kukuh.


 

Kadangkala anda merasakan ingin menyelesaikan sesuatu perkara secepat yang mungkin tetapi anda tahu bahawa ia seharusnya lebih baik dibiarkan sahaja. Kerana jika anda melakukannya, anda mungkin akan menyesali kata-kata & tindakan anda. Ini adalah cabaran yang besar untuk menahan diri tetapi anda mesti sabar untuk menenangkan fikiran anda. Yang Maha Kuasa akan menyelesaikannya. 


 

Mari berhadapan dengannya. Kita semua cenderung untuk merisaukan masa hadapan  yang bakal dilalui dari semasa ke semasa. Ianya bagus. Kita adalah manusia. Tetapi tidak perlulah  berpenat lelah untuk perkara yang belum pasti berlaku. Jangan memeningkan kepala anda dengan bermacam fikiran. Fokus kepada perkara yang sedang berlaku. Hidup sentiasa positif. Percayalah kepada Yang Maha Kuasa!



Sentiasa ada pengajaran di setiap ujian yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa. Kesakitan akan membuatkan anda lebih kuat, setiap kali dikhianat akan menyebabkan anda lebih berhati-hati, kegagalan meningkatkan semangat anda. Dia akan terus menerus memberi ujian kepada kita sehingga kita mempelajari suatu yang sepatutnya kita pelajari. 


BUKTI KEHADIRAN: 14 DISEMBER 2020

ITEM: BUKU ;JOM TULIS TESIS;





No comments:

Post a Comment