Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik : 197944


BAHAGIAN A




STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record                            Kesopanan Positif
Contoh:                                        Contoh: Kamu nampak sugul. Boleh saya
Bersedia!                                        tolong?
Dengar sini…                                    Boleh saya pinjam seratus ringgit?
Berikan saya bakul besar itu                     Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu
Lampu itu berwarna hijau                       tidak keberatan.
Jemput masuk
Jemput makan
Kesopanan Negatif                              Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak                    Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
itu, mungkin!                                   Mahal betul harga kasut di sini.
Tolong berikan saya pinggan putih              Cantik baju kamu
itu
Kalau begitu, sedikit arahan tidak
diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata
tidak dibenarkan
Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)




Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


BAHAGIAN B





Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa


 Keluarga Alim sangat menyukai buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, langsat, duku dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, bapa mereka telah membwa pulang buah-buahan yang dibeli dari pasar tani yang tidak jauh dari kediaman mereka. Ibu bapa Alim sangat  menitik beratkan disiplin dalam keluarganya. Hal ini dapat dilihat apabila ibu mereka meminta adik-beradik Alim untuk membuang sampah di dalam tong yang telah disediakan. Dikala adik-adik yang lain sedang mengunyah buah-buahan untuk perut sendiri,Alim pula memikirkan kawan baik disebelah rumahnya iaitu Sulaiman. Dia meminta ibunya untuk mengasingkan buah-buahan itu agar ia boleh berkongsi dengan Sulaiman. Setelah memberi buah-buahan itu, Alim kembali ke rumah sambil tersenyum. Mak Cik Timah yang sedang menyapu di luar rumah melihat kelibat Alim dan mengucapkan terima kasih kerana memberi buah-buahan kepada anaknya itu. Alim mengatakan bahawa ibu bapanya yang mengajarnya untuk berkongsi barang atau makanan dengan orang lain. Walaupun Alim seorang yang istimewa, namun ia masih  mampu mengingati segala nasihat dan teguran daripada kedua orang tuanya. Mak Cik Timah bersyukur kerana anaknya berkawan dengan insan yang istimewa itu dan beliau mendoakan Alim dan keluarganya diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 





BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944


BAHAGIAN A

Jenis-jenis Shot




Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.




BAHAGIAN B

Huraikan kepentingan Rule of Thirds





Rule of Thirds merupakan satu item yang begitu penting dalam bidang fotografi. Hal ini dikatakan demikian kerana Rule of Thirds boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam foto yang telah diambil. Untuk mendapatkan sesuatu gambar yang menarik, seseorang itu perlu menggunakan Rule of Thirds dengan cara yang betul. Antara kaedah yang boleh digunakan sewaktu mengaplikasikan Rule of Thirds adalah seseorang itu akan mengambil gambar dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Berdasarkan grid tersebut, Rule of Thirds digunakan untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk garis yang juga berguna bagi elemen foto. Oleh itu, swafoto yang cantik akan dapat dihasilkan . Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Fikirkan unsur-unsur gambar yang paling penting dan cuba letakkannya dibahagian garisan dan persimpangan grid. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Namun begitu,Rule of Thirds tidak digunakan dalam setiap situasi dan kadangkala boleh menghasilkan sebuah foto yang menarik. Sebagai contoh, dalam Rule of Thirds terdapat dua garis menegak. Apabila seseorang itu ingin berswafoto maka seseorang itu perlulah berada dalam garis Rule of Thirds dan kawannya juga perlu melakukan perkara yang sama. 


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Selangor: Multimedia dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia.




BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944



Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)


Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)



Huraian:

Berdasarkan dua tulisan awal pada pengenalan bab 2, menulis sesuatu cerita mampu memberi impak yang besar kepada pelajar kerana penulisan yang dibuat memperlihatkan keperibadian dan tahap pengetahuan yang mereka miliki. Cabaran seseorang individu seperti kurang keyakinan ketika menulis dan sikap paranoid terhadap pembaca juga telah menjadikan mereka keberatan untuk menulis. Mereka terlalu risau akan penilaian buruk yang dilakukan oleh orang lain terhadap penulisan yang hendak dihasilkan, walaupun sebenarnya menghasilkan sebuah penulisan merupakan hak individu dan salah satu lambang ekspresif emosi mereka. Terdapat juga sesetengah penulisan yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman kehidupan agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Selain itu, penglibatan secara terus dalam aktiviti merupakan perkara yang disukai pelajar kerana ianya mampu mengekalkan fokus mereka untuk suatu jangka masa yang panjang terhadap proses pembelajaran bahasa. Penglibatan terus dalam aktiviti juga sebenarnya mampu mengelakkan sebarang salah faham ketika sesi pengajaran dan pembelajaran kerana proses pembelajaran bahasa bukanlah mudah seperti yang disangka. Hal yang demikian kerana, sifat bahasa yang fleksibel boleh mengundang kepada penafsiran yang berbeza-beza mengikut sudut pandang seseorang itu. Penglibatan secara terus dalam aktiviti turut menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan sesuai mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, melakukan sesi soal jawab sebelum kelas berakhir akan memberi impak positif kepada pelajar seperti berani bertanya, meningkatkan keyakinan diri, dan mewujudkan komunikasi dua hala.







Rujukan 
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)

Nama: Muhammad Nuur Bin Mohamed Sharif
No Matrik: 197944



   Rujukan
   Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!!! Media Sosial. Terengganu :Universiti Malaysia Terengganu.